Bila aku tanya, isteri terus jawab, kahwin la lagi tapi izinkan saya cari kebahagian sy sendiri. Lps tu dia pergi mcm tu je. Sejak dari tu tak dgr dh dia bebel

Foto sekadar hiasan. Macam ni, saya mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa. Aku berumur 27 tahun dan saya kawin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari saya. Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka memaksa saya solat. Ye, saya tahu solat tu wajib tapi aku tidak suka orang paksa aku.

Dalam keluarga pun dia yang banyak handle dari segi kewangan dan pilihan. Aku rasa isteri aku ni suka mengarah macam aku ni anak dia sebab kan rasa rimas tu, aku berhubung dengan ex-grlfrend aku dulu yang berusia 32 tahun. Dia sangat memahami aku. Tak pernah buat aku rimas. Aku perasan, isteri aku perasan perubahan aku selepas aku mula bercinta dengan bekas kekaasih aku tapi dia tidak pernah nak tanya aku.

Tak pernah nak marah aku dah. Buat pengetahuan semua. Bekas kekaasih saya tu janda anak 4 tapi masih tip top. Aku berniat nak kahwin dengan dia. Lagipun bekas kekaasih aku ni ada kerjaya. Isteri aku ni pula suri rumah. Aku nampak dia selekeh je tak macam bekas kekaasih aku. At least kalau aku kahwin dengan ex-grlfrend aku dia boleh bantu aku dari segi kewangan kan. Bukan pandai mintak duit je.

Suatu hari, aku bagitau isteri aku tentang niat nak kahwin lagi satu. Aku pelik dengan isteri aku, sikit pun tak marah. Cuma dia diam sekejap. Lepas tu dia cakap,” kahwin la tapi izinkan saya cari kebahagiaan saya sendiri “. Lepas tu dia pergi camtu je dengan senyuman melirik. Lepas tu aku tidak pernah dengar dia bebel aku apa2. Serius aku rasa kehilangan semangat.

Satu malam tu aku terbangun jam 2 pagi Terkejut aku bila terdengar bunyi suara tangisan aku tengok atas katil ada anak2 je isteri aku tak ada aku cari bunyi tangisan tu. Rupanya isteri aku tengah menangis dalam telekung sambil bersujud lama tapi makin lama, makin kuat dan teresak2 dia menangis. Aku jadi sayu sangat tengok isteri aku sebab dari apa yang aku kenal dia selama 5 tahun ni.

Isteri aku seorang yang kuat, jarang nampak dia nangis. Kena gigit lipan pun dia tak nangis. Kalau ada pun time anak2 saakit. Dia nangis tapi tak macam ni. Aku intai lagi isteri aku. Dia mula duduk, dia tarik nafas panjang. Aku dengar dia cakap ” Sabar, kuat….” Kemudian dia menangis lagi, dia angkat tangan berdoa . Aku tak ingat ayat doa dia tapi yang menampar aku tu, isteri aku doakan supaya aku dan bekas kekaasih aku bahagia. Time ni aku tidak pikir dah bekas kekaasih aku.

Aku rasa nak pluk isteri aku cakap aku nak mintak maaf. Aku pergi kat dia, muka dia terkejut gila tengok aku. Terus aku pergi kat riba dia aku ciium tangan dia. Aku mintak maaf pada dia. Dia senyum je, dia tak kata apa pun. Aku pelik . Aku rasa nak batalkan niat aku. Tiba2 ex-grlfrend aku call. Terus aku tinggalkan isteri aku. Lama juga la aku bergayut dalam masa 1 jam lebih camtu.

Bila aku nak pegi kat isteri aku tengok dia dah tidur. Aku tengok mata dia dah bengkak. Dia ni sedih sebab aku nak madukan dia atau apa aku tak faham la sebab isteri aku tak pernah kata apa2 yang dia rasa. Tiba2 aku terdetik nak bukak dairi isteri aku sebab aku tahu isteri aku suka tulis dairi tapi sudah lama juga la aku tak curi2 baca .

Ada la dalam 2 tahun camtu. Cari punya cari tak jumpa. Hebat juga isteri aku sorok dairi dia, pastu aku teringat la yang isteri aku suka letak barang dalam kotak besar yang aku bagi teddy bear kat dia dulu. Aku try pegi cari kat stor bawah rumah dan aku jumpa kotak tu. Yang aku terkejut bila aku bukak kotak tu. Banyak sangat dia simpan barang2 yang aku bagi kat dia dulu.

Pastu aku jumpa dairi dia. Aku bukak baca, menangis aku weh. Tak sangka dia sengsara teruk hidup dengan aku. Selama ni dia pendam. Tak sangka dia banyak makan hati dengan aku. Paling aku terkjut, dia tahu aku contact ex-grlfrend aku dulu. Sebab aku tidak pernah bagitau pun. Cek hp aku pun dia tak pernah pastu dalam dairi dia, dia rasa sedih dengan dia makin tak cantik, makin gmuk.

Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia. Taknak solat dengan dia dan banyak lagi la. Kalau aku tulis satu2 ni berjela. Memangg 5 tahun kahwin aku tak bagi dia kerja. Start anak aku kena menderra dengan pengasuh, aku suruh dia berhenti kerja. Aku tau aku salah banyak kat dia. Lepas baca dairi dia, aku putuskan hubungan dengan bekas kekaasih aku. Aku ingat ini yang aku nak.

Tapi bukan ni, aku pergi kat isteri aku. Aku pluk dia. Aku ciium dia. Aku baru sedar aku abaikan dia padahal dia banyak berkrban untuk aku. Kereta yang aku pakai dia belikan, motor semua duit dia time dia kerja dulu. Satu pun dia tak beli untuk dia. Semua dia krban untuk aku. Ya, memang dia kuat bebel tapi kalau dia tak bebel aku rasa kehilangan gila sebab aku gagal jadi ketua keluarga. Dia kena kuatkan diri ganti tempat aku.

Masalah sekarang ni, isteri aku macam tawar hati kat aku. Jenuh aku pujuk. Aku tahu aku buat salah tapi kan aku dah tinggal bekas kekaasih aku. Aku tak tau cara nak bagi isteri aku jatuh cinta balik kat aku macam mana. Boleh tak bagi idea weh. Aku ada 2 orang anak dengan isteri aku dan aku sayang sangat isteri aku ni. Aku dah sedar. Aku menyesal. Apa pendapat korang dengan lelaki cmni. mohon beri komen yang murni2 di bulan puasa ini. Kredit kisah rakyat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*